Tuesday, December 25, 2007

TEKNO TANI(UTUSAN MALAYSIA)
26 DECEMBER 2007

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.
Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

NILAI NUTRISI DAN PERUBATAN

CENDAWAN TIRAM (PLEUROTUS SPP.)
. Mengawal atur darah - anti-hrombotik,merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
. Meningkat sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
. Merencatkan pertumbuhan tumor
. Antioksidan dan aktiviti pelindungan gen


Kandungan Nutrisi (% berat kering)
Protein : 15.2 - 22.7 %
Lemak : 1.16 - 2.58 %
Serat : 14.2 - 18.2 %
Vitamin E : 3 ppm
Selenium : <0.05>
Kalsium : 0.39 - 0.69 ppm
Magnesium : 589 - 789 ppm
Potassium : 2.54 - 2.61 %

CENDAWAN SHIITAKE (LENTINUS EDODES)
. Mengandungi lentinan iaitu ubat antikanser.Juga diguna sebagai
terapi imun untuk kanser paru-paru,usus,serviks dan payudara
. Merencatkan kejadian semula kanser
. Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfosit dan
makrofaj melawan bakteria,virus,sel tumor dan toksin




CENDAWAN LING ZHI (GANODERMA SP.)
. Menghalang dan merawat kanser
. Meningkatkan sistem imun : anti-allergik,anti-radang,antiviral,
antibakteria dan antioksidan
. Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat asthma dan
masalah pernafasan lain
. Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi



CENDAWAN JARUM EMAS (FLAMMULINA VELUTIPES)
. Toksid terhadap sel tumor
. Meningkatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan kulat
dan virus
. Anti-radangan
. Akvitiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA sel





Friday, December 21, 2007

Salam AidilAdha




Salam Aidiladha kepada semua pembaca atau
pengunjung web blog ini. Semoga segala
pengorbanan kita pada jalan Allah akan
diberkati dan diredhaiNya....InsyaAllah!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada semua muslimin & muslimat





Thursday, December 6, 2007

Proses Penanaman Cendawan
1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
surat khabar lama dan diikat dengan getah.
2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
Mesin kukus atau Tong Drum,Set Dapur Gas
Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.
3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan
tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
4.MEMUNGUT HASIL
1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan
kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi
berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.
5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI
1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering dan panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru
tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan
berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan
6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
sekeliling pokok sebagai baja organan.

Ciri-ciri Keperluan Asas Rumah Cendawan:

pengudaraan yang baik
suhu sesuai : 28°C - 30°C
kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90%
kalis serangga & penyakit
Sebelum menceburi projek cendawan nie...saya tercari2 apa projek yang melibatkan pertanian...pada mulanya nak buat projek cili....dah beli benih,tray semaian,polybeg dan tanah nak cuba kecil2lan kat rumah dulu adalah dalam 20 pokok cili yang disemai...tunggu punya tunggu...kira tiap2 harilah dok belek cili tu...tapi endingnya semua pokok cili yang saya tanam telah mati...tak tahu apa sebabnya mungkin tak cukup ilmu ataupun tangan tak sesuai ngan cili kot....
Bermulanya pada satu petang dah boring dok lepak kat rumah tak ada apa nak baut...apa lagi naik motor ler...pusing2 ambil angin petanglah katakan...sampailah satu taman perumahan tu...saya ternampak sebuah rumah cendawan (permulaannya agak2 je..) saya pun memberhentikan motor lalu cuba mengintai2 kat kawasan rumah tu..tut2 tuan rumah tu pun keluar dan bertanya nak cari sapa....dengan nada serba-salah saya pun bertanya tanpa memberi jawapan pada soalan tadi...buat projek apa nie kak...ooo akak tanam cendawan...saya pun tunjukkan rasa minat nak tahu ngan lebih lanjut lagi tentang cendawan nie...lalu memberanikan diri minta izin nak tengok sekitar rumah cendawan tersebut....lepas dah dapat kebenaran dan bersoal-jawab ngan kakak tu...banyaklah soalan2 bodoh yang saya tanya almaklumlah budak baru nak belajar...lepas tu akak tu pun offer kat saya nak buat kursus ...apa lagi ibarat orang ngantuk di sorong batal ler....aku terus setuju nak ikut kursus dah tu aku sorang jer plak yang datang kursus hari tu ...tapi tak kisahlah....
Jadi dah selasai kursus selama satu hari tu....saya balik rumah dengan semangat yang berkobar2 nak buat projek nie...dapat jer gaji hujung bulan terus oder peralatan cendawan seperti cap,leher plastik,dedak,kapur dan habuk kayu.....pergi cari tong drum nak buat kukus kat tempat jual besi buruk RM 20.00 upah potong dan buat cover atas dia RM 20.00 so jadilah RM40.00....pas tu pergi kedai menjual peralatan mesin...nak tau beli apa...beli alat penimbang harganya RM60.00.....dapur pakai yang lama yang masih elok yang kat rumah jadi dah jimat kat situ....cuma beli kepala gas (high pressure) dan oder gas baru....tapi malngnya pada bulan July masa tu dedak tak ada stok terpaksa tunggu...habuk kayu dah beli...dah berlungguk kat depan rumah tapi projek tak leh nak start lagi....dah tak ada apa nak buat so beli kayu buatlah rak dulu sebanyak tiga buah rak yang boleh muatkan beg cendawan sebanyak lebih kurang 1500 beg....hujung bulan July barulah dapat mulakan projek...dan pada percubaan yang pertama berjaya siapkan 115 beg kesemuanya....bermula dari hari tu rutin hidup saya mulalah sibuk dengan cendawan....pendek kata kat opis tu tak ada cerita lain melainkan cendawan jer...
jadi setiap hari ahad mesti begging,mlm kukus dan pada isnin malam suntik benih...itulah rutin setiap minggu...dan kira lebih kurang dak ada 3000 beg dah kot....dan pada pertengahan bulan Sept bermulalah menuai hasil yang pertama...bukan main happy lagi...apa tak nye sebab berjaya tanam cendawan keluar cendawan...tak keluar bende lain...he..he..he....first marketing per lagi tentulah kat kawan2 kat opis....mula2 malu pas tu dah dapat banyak oder malu pun hilang....sampailah sekarang oder melebihi pengeluaran...sebab dah ramai orang tahu mengenai cendawan nie tak perlu susah2 nak buat promosi....

Thursday, November 22, 2007

Salam Ukhwah

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan pengusaha cendawan,kepada yang baru nak usahakan projek atau kepada yang baru tercari-cari idea untuk mengusahakan projek tanaman cendawan ini.Semoga terlancarnya blog saya ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu/pandangan/pendapat yang bermanfaat yang dapat kita kongsi bersama....insyaallah.
Sebarang cadangan atau idea yang fresh mengenai dunia cendawan amat sangat dialu-alukan.
Alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana adin mushroom kini telah pun beroperasi selama empat bulan dan beroperasi dengan jayanya dan tiada sebarang halangan atau masalah yang besar.